rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Wednesday, January 13, 2010

streamyx ohhh...streamyx...

Hari ini ialah ialah hari yang telah dijanjikan...
Hari ini TM Point telah berjanji nak pasang streamyx...
Setelah hampir 2 minggu menunggu, dengan pelbagai alasan diberi (salah key in la,sub- kontraktor lembap la....padahal salah sendiri tak nak mengaku...)....mencabar kesabaran betul...hari tu cakap lain, hari ni cakap lain...ishhh...kak,tolonglah kami...kami ni bukan nya suka- suki nak datang TM Point ni nak lepak-lepak, borak- borak, maki- maki akak. Kami banyak lagi kerja...Assignment kami makin melambak...


Kadang- kadang bila fikirkan balik, kite sume manusia...
Tak lari dari buat silap...
Tapi kalau kita still buat silap yang sama,
Buat kerja tak ikhlas,
Suka meletakkan atas kesalahan orang lain,
Adakah itu salah manusia juga?
hmmm...


Teringat dulu zaman sekolah,
Bila buat salah, cikgu marah...denda diri atas kerusi, kena panjat tiang bendera, minum air kolam sebab tak hafal sifir 5...gila bengap...pada masa tu la...

Bila fikirkan balik, sebenarnya kesilapan ni banyak mengajar kita apakah erti hidup...erti berkawan, erti menghormati orang yang lebih tua, bertolak ansur dan yang paling penting ialah cara mengawal emosi. Pernah satu kes zaman sekolah asrama dulu, dalam poket tinggal 20 sen. Nak mintak mak abah jauh....Kadang- kadang rasa tak tergamak pun ada bila mengenangkan adik- adik lagi. Gaji mak abah masa tu pun bukan besar mana lagi. Dengan taraf ekonomi yang semakin meruncing, terpaksa lah menumpang kesenangan sahabat- sahabat yang lain.Walaupun kadang- kadang mereka sendiri pun 'sesak'.Tapi bila dah nama sahabat, tak kira sikit mana pun,roti sekeping pon boleh kongsi.huhuhu....rindu gila zaman tu...Tapi sekarang ni, diorang bukan lagi macam dulu. Semua bukan calang- calang orang dah...Ustaz, Engineer, Motivator Expert, Bisnesman....Ada yang dah kawin, dah beranak pinak pun ada...tinggal aku sorang yang masih terkial- kial lagi mencari setitik ilmu....

to be continue..... 




0 comments:

Post a Comment