rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Friday, January 22, 2010

B.E.N.G.A.N.G


panas...hati panas...cuba kalau kau ada anak dalam bidang pendidikan ni, apa perasaan kau? kau ingat kitaorang ni belajar suka- suka ke? Kau ingat mak bapak aku kaya ke?dah la tak mampu nak bagi tajaan,(yang kau taja pasukan F1 One Malaysia kau boleh pulak, kau taja pilihan raya nak gempak-gempak,) pastu suruh buat pinjaman,pinjaman pun tak ikhlas. Apa kau ingt kitaorang ni sampah?? apa kau ingat kitaorang ni tak ada perut??Ko ingt kitaorang ni robot??Bila bateri low je kena charge??Oi pemimpin!! aku da naik menyampah berurusan dengan kau...kau korup...lembap...tak tau nk urus negara...apa kau ingat projek gempak- gempak kau tu boleh kaburi mata rakyat??sedarlah...hakikat kerajaan kau sudah tak ada duit...kalau boleh semua benda kau nak potong....cuba kau potong gaji kau,boleh??mesti kau tak nak kan??bila orang lantang bersuara, kau marah...cepat kau tutup mulut orang tu..kau cakap dia fitnah kau la, kau cakap dia saja nak provok kau la...gembar- gembur berita palsu la...kau sedar tak, kitaorang ni bukan buta??kau sedar tak ni bukan zaman 1950an dulu???kau sedar tak negara kita ni demokrasi??sekolah sampai oversea, bengap macam siput b**i..

wahai pemimpin....bangkitlah dari mimpi mu...tak perlu lagi kau berselindung disebalik kenyataan yang semua orang dah tau...tak perlu....orang pilih kau pun sebab nak bagi kau peluang...tapi kau ni tak pandai mengenang budi...kau kaut macam- macam...kau habiskan duit rakyat berbillion- billion..aku tak salahkan kau...aku tau kau lembap...kau tak belajar akaun...tak apa...aku cadangkan senang je...kau letak jawatan...kau pecat semua menteri, sebab menteri yang kau pilih pun sama je macam kau juga....fiil macam kau....rasuah yang tak pernah lekang dari zaman pasca merdeka lagi...kau tahu tak, negara kita ranking ke berapa dalam kategori rasuah kat dunia ni??no.3...negara sekecil kita ni di tangga ke 3..rekod cemerlang di bawah pimpinan kau…

macam ni la...daripada kau dapat malu masa Pilihan Raya akan datang, kau turun lah...turunlah sebelum perbendaharaan negara makin kusut disebabkan kau...aku nasihatkan saja...terpulang lah pada kau....kami tak perlu pemimpin macam kau....kami perlu pemimpin yang mempunyai karisma...yang mempunyai ideologi yang mampu menjana negara...(bukan suruh ko main kereta F1 yang ada logo syarikat penerbangan tambang murah cokia cap malaysia tu)....kami nak pemimpin yang mampu menzahirkan kecemerlangan bukan sekadar omongan kosong...kami nak pemimpin yang berwibawa...berdaya maju dan berfikiran jauh...pemimpin yang mampu mengerah rakyat sama- sama menggembleng tenaga dengan cara dia menunjukkan dirinya sebagai teladan….

aku dah penat...aku banyak lagi kerja nak buat...kalau nak bercerita tentang politik ni, sampai bila pun tak akan selesai...politik ni memang kotor..tapi cukup- cukup lah...jangan lah kau tambah kotoran itu...kasihani lah kami...kami sebagai rakyat,berusaha apa sahaja untuk hidup...mencari sesuap nasi...aku tak harapkan sesen pun duit kau...cuma harapan aku, kau berubah lah...kau sebagai harapan bangsa,negara dan yang penting, sebagai tonggak penegak agama kau sendiri....berubah menjadi pemimpin yang disayangi rakyat kerana sifat nya yang tulus dan mulia, mengerah tenaga kerana rakyat...bukan pemimpin yang dikagumi kerana sifatnya yang sanggup berhabis untuk projek- projek mega...ingatlah...tanpa rakyat,siapalah anda…tanpa anda, siapalah rakyat…

Disini aku nak tunjuk contoh kat kau..contoh pemimpin yang boleh kau ikut...(aku tunjuk je...kalau tak nak ikut,terpulang la...kau da besar,tua,dah nak mam***,kubur pun dah panggil…)


PRESIDEN IRAN : MAHMOUD AHMADINEJAD








 Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

 Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.


Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan


Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan. Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.



Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.


Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi.Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia



aku jamin, kau pun tak boleh buat macam ni kan?kau kaya..mana standard solat tepi jalan..




 alangkah bagus kalau kau pun turun training dengan skuad negara kita...nak harap emas lagi Sukan Sea depan, mimpilah...




2 comments:

Abd Qayyum said...

bagus2....semoga terbuka hati tok jadi camtu...sape yg makan lada dia yang rasa pedas...fikir2kanlah....huhuhu

dayneil_ke70 said...

pemimpin jahanam! rakyat pn jahanam..... g jahanam...peace

Post a Comment