MELAYU vs MUSLIM.
Menjadi seorang Melayu mewajibkan aku untuk mendaulatkan Sultan yang mengampunkan dosa peminum arak dengan sewenang-wenangnya,
Sultan yang menganggap dirinya lebih besar daripada Tuhan semesta alam.
Menjadi seorang Melayu mewajibkan aku untuk anti kepada orang cina, india, indonesia, bangladesh, arab dan lain-lain, sedangkan Islam mengajarkan kasih sayang, persaudaraan, toleransi, menghormati orang lain dan banyak lagi nilai-nilai yang mulia yang tidak diajarkan oleh nasionalisme Melayu.
Menjadi seorang Melayu mewajibkan aku mempertahankan sempadan Malaysia yang dicipta oleh penjajah kuffar British, sekaligus mewajibkan aku memisahkan tali persaudaraan dengan saudara di Selatan Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, dan lain-lain.
Menjadi seorang Melayu mewajibkan aku hanya mempertahankan tanah Malaysia dan menghiraukan tanah Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Xinjiang, dan lain-lain, kerana aku hanya akan menjadi tentera untuk mempertahankan tanah Malaysia.
Menjadi seorang Melayu mewajibkan aku merasa diriku lebih baik daripada bangsa-bangsa yang lain, hanya kerana diriku yang berdarah Melayu, sedangkan Islam mengajarkan bahawa orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa, bukannya orang yang menjadi Melayu.
Perjuangan Asobiyah KeMeLAYUan ini telah menjadikan umat Islam terpecah-belah, menjadikan penyatuan umat Islam di seluruh dunia menjadi suatu yang sukar berlaku.
Celakalah para pejuang bangsa Melayu, kerana Rasulullah saw sendiri mengutuk dengan sekeras-kerasnya perjuangan yang kotor ini, "Laisa minna man da'a ila 'asobiyyah wa qaatala li 'asobiyyah wa qutila li 'asobiyyah,"
"Bukan daripada kalangan kami mereka yang menyeru kepada 'asobiyyah, berperang kerana 'asobiyyah, dan mati kerana 'asobiyyah."
Rasulullah saw sendiri yang berasal dari bangsa Arab tidak pernah mencontohkan supaya memperjuangkan bangsa Arab, maka teladan siapakah yang dijadikan oleh puak nasionalis ini untuk memperjuangkan bangsa???
Sebenarnya, di dunia ini, bangsa yang paling rasis, yang benar-benar fanatik kepada bangsanya adalah bangsa Israel. Nampaknya puak-puak nasionalis ini telah menjadi pak turut yahudi la'natullah.....
MasyaALLAH, Na'udzubillahi min dzalik...
Semoga kita dijauhkan daripada perancangan puak kuffar yang ingin memecah-belahkan kesatuan umat Islam...
Wednesday, October 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment