otakku lesu....dadaku berombak- ombak....fikiran jauh melayang...terasa denyutan lembut di dahi...petanda ajal semakin menghampiri...petanda detik- detik terakhir kehidupan....bingung...bila dibisikkan kalimah syahadah, terasa berat mulut untuk mengucapkannya.....
sekadar menzahirkan emosi...baru- baru ini kita di kejutkan dengan berita kematian pelawak, pengacara radio, pengalih suara terkenal iaitu Mior Ahmad Fuad juga dikenali dikenali sebagai Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan Dengue Shock Syndrome. Arwah dikenali sebagai individu yang mempeloporkan "stand up comedy" di Malaysia ini dengan lawak nya yang bersahaja dan spontan. Kematian beliau dianggap kehilangan besar dalam industri hiburan negara kerana beliau pergi disaat beliau masih lagi di puncak klasemen kerjaya beliau.
Sedikit sebanyak info tentang Arwah Din Beramboi...Al Fatihah...
Sebenarnya, kisah yang saya ingin kongsi disini ialah tentang satu isu yang telah berlaku di facebook baru- baru ini. Ada seorang remaja bernama Rafiqin Darwisy atau erti bahasa kasarnya " budak baru nak naik" telah mencetuskan satu kontroversi dengan mengutuk kematian arwah Din Beramboi dan yang lebih dasyat lagi mempermain kan ayat Al- Fatihah. Dan yang lebih memeranjatkan lagi, budak itu seolah- olah seronok berbuat demikian dan tidak takut dengan risiko yang bakal di hadapi dan berpura- pura berani apabila dicemuh dan digertak oleh pengguna Facebook yang lain . Apa yang menghairankan aku ialah cara pemikiran budak zaman sekarang. Apa yang mereka fikir bila membuat satu kenyataan tanpa memikirkan sensitiviti agama, bangsa dan masyarakat? Adakah cara didikan, pengaruh media, budaya zaman sekarang menjadi penyebab???lihat sahaja kes seorang lelaki yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor...Kadang- kadang bila kita fikirkan balik, kita sudah jauh terpesong dengan adat dan panduan islam..Sedarkah akan anda tentang kurangnya makmum di masjid pada masa ini??sudah tentu anda pun tidak sedar kerana anda pun jarang ke masjid, bukan???
Berbalik kepada topik kita. Pada pendapat aku lah, peranan ibu bapa sangat penting untuk menangani masalah ini. "Parental Control" perlu di wujudkan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang...Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan keluarga Arwah,sudah lah baru selesai menerima satu dugaan, datang lagi dugaan yang disebabkan seorang budak hingusan yang kurang didikan, kurang kasih sayang dari keluarga (kot?....) datang seperti mencurah garam pada ulser di mulut....(bersambung....)
0 comments:
Post a Comment